|
Sabtu, 18 April 2009 08:57 |
STAF CEMERLANG JKR NO.1 EN MUHAMAD FISOL BIN OSMAN KETUA PENOLONG PENGARAH ARKITEK JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS - Pengenalan
MISI KORPORAT - PELANGGAN
Memberi perkhidmatan profesional Senibina secara 'total', meliputi kerja-kerja di peringkat rekabentuk dan pembinaan kepada pihak Kerjaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sebagai tugas hakiki disamping menyediakan perkhidmatan pengurusan kualiti jabatan , dengan pematuhan kepada peraturan & undang-undang sedia ada. - STAF
Mempertingkatkan daya saing & kemahiran kakitangan melalui latihan dalaman dan luaran jabatan yang meliputi aspek-aspek penggunaan teknologi maklumat IT dengan tujuan untuk memastikan pengurusan masa kerja yang efisyen seterusnya menghasilkan kerja yang efektif. - MASYARAKAT
Alam sekitaran merupakan aset yang sangat penting yang perlu dipelihara selari dengan perkembangan alam binaan. Polisi Alam Sekitar JKR Malaysia melalui kaedah EMS ISO 14001 akan dijadikan amalan di dalam semua aktiviti kerja yang akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
VISI Kami akan menjadi pusat kecemerlangan pembangunan infrastruktur dengan menggunakan kreativiti dan inovasi modal insan dan teknologi terkini.
MISI - Kami adalah jabatan teknikalyang terunggul dalam pembangunan infrastruktur negara.
- Kami menyediakan pelbagai bidang kepakaran bagi memastikan amalan terbaik dalam Perundingan Teknikal, Pengurusan Projek dan Pengurusan Penyelenggaraan Aset/Kemudahan.
- Kami berusaha untuk menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada semua kakitangan.
- Kami menghargai serta mengamalkan keutuhan dan ketelusan.
- Kami komited unuk berusaha ke arah pembangunan lestari demi manfaat generasi hari ini dan akan datang.
OBJEKTIF BAHAGIAN - Melaksanakan projek-projek pembangunan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan rekabentuk yang menarik, kos yang telah dipersetujui dan produk kualiti yang menjurus kepada aduan sifar.
- Mengurus Perlaksanaan Projek Khas Jabatan ; penyeliaan & pemantauan projek .
- Memberi khidmat teknik yang berkaitan dengan menyenggara, pembaikan dan tambahan bangunan kerajaan sedia ada.
- Menasihat Jabatan-Jabatan Pelanggan berhubung dengan perancangan projek-projek bangunan yang berkaitan dengannya.
- Mengurus Pematuhan Sistem Kualiti , Skala Workflow & Kursus Dalaman.
- Piagam Pelanggan
- Carta Organisasi
- Aktiviti
- Hubungi Kami
|