JKR PERLIS

Info Terkini

Sebarang  aduan Berkaitan Perkhidmatan JKR. Anda Boleh Menghantar SMS ke JKR<aduan anda> dan hantar ke DAPAT/32728


 
Pembayaran Bil Air
Melalui Internet (Klik Sini)
Bagi pemegang akaun CIMB Bank dan Hong Leong Bank Sahaja. (Cara Penggunaan)

 
Sila Jelaskan Tunggakkan Bil Air Anda dengan segera bagi menggelakkan pemotongan.
Keterangan Lanjut Sila Hubungi : Bahagian Bekalan Air 04-973 3435 atau 3436

 
Muat turun borang boleh didapati di ruangan muat turun.Terima Kasih

 

Log Masuk

Muat Turun
YOOaccordion
Muat turun fail dan sumber berkaitan di ruangan ini.
WAP Mobile
WAP Mobile
WAP Mobile : Layari menerusi telefon bimbit 
Galeri Gambar
YOOaccordion
Galeri Gambar aktiviti & acara anjuran JKR Perlis
Buku Tetamu
buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan 
Forum
forum
Forum perbincangan antara ahli & pelawat

Pelawat Portal

Hari Ini44
Semalam157
Minggu Ini1027
Bulan Ini1063
Keseluruhan6463
Bahagian Bekalan Air PDF Cetak E-mail
Sabtu, 18 April 2009 11:07

STAF CEMERLANG JKR NO.1

 

TUAN HJ. ABDUL HAMID BIN SAHID
KETUA PENOLONG PENGARAH BEKALAN AIR
JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS

 

Pengenalan

PENGENALAN

Bahagian Bekalan Air bertanggungjawab memberikan perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna-pengguna sama ada untuk kegunaan domestik, perniagaan dan juga industri. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam merancang projek-projek baru untuk dilaksanakan bagi menambahkan lagi pengeluaran air bersih dan memperbaiki sistem agihan dari semasa ke semasa.


OBJEKTIF OPERASI BAHAGIAN

  • Menjamin semua penduduk Negeri Perlis mendapat bekalan air yang bersih dan selamat serta mengikut piawaian untuk kegunaan domestik dan komersial di samping meningkatkan pembangunan dan perindustrian di Negeri Perlis.
  • Memastikan air yang diproses di logi-logi air menepati piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan untuk disalurkan kepada pengguna-pengguna dengan kos yang paling ekonomik.
  • Memastikan kemudahan bekalan air di seluruh Negeri Perlis diselenggarakan dengan paling ekonomik supaya pengguna-pengguna bekalan air dapat menikmati bekalan air yang sempurna dan mengekalkan mutu air yang terjamin di samping mengurangkan kadar kehilangan air yang tidak berhasil (NRW) ke tahap yang paling minima.
  • Menguruskan akaun bekalan air yang sempurna mengikut perakaunan perdagangan dan tatacara kewangan seperti dalam Arahan Perbendaharaan supaya hasil dikutip dengan efisien serta menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap untuk melayani aduan pengguna.
  • MemastikanPenguatkuasaan Undang-undang Bekalan Air dilaksanakan dengan berkesan di samping membantu mengurangkan tunggakan serta meningkatkan hasil air dan menjamin supaya keadaan jangk air berfungsi dengan tepat serta mengurangkan kadar kehilangan air yang tidak berhasil (NRW).
  • Merancang dan melaksanakan projek-projek Bekalan Air sehaluan dengan perancangan pembangunan Negeri Perlis supaya menjamin kesempurnaan bekalan air kepada penduduk-penduduk mencapai ke tahap 100% menjelang tahun 2005.
Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN PIHAK PENGUATKUASA BEKALAN AIR

Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan Bekalan Air yang baik dan berdasarkan kepada beberapa perkara seperti berikut :-

BIL PIAGAM UNIT NORMA PIHAK BERKUASA AIR NEGERI UNIT
1 Pemasangan jangka air baru akan dibuat dalam masa 7 hari bekerja selepas semua bayaran termasuk wang cagaran dibayar. Hari 7
2 Semua pertanyaan lisan mengenai bil-bil akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 1 hari. Hari 1 (Bagi pertanyaan bertulis 7 hari)
3 Jangkla air yang telah dipotong sambungannya akan disambung semula dalam masa tidak melebihi 3 hari bekerja selepas pembayaran untuk sambungan semula dan tunggakan dijelaskan. Hari 3
4 Wang cagaran akan dipulangkan kepada pengguna dalam 1 bulan melalui cek setelah notis untuk menamatkan perkhidmatan diterima. Bulan 1 (Bergantung kepada pengurusan baucer Perbendaharaan Negeri Perlis)
5 Catuan atau gangguan bekalan air berjadual akan diberitahu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan melalui media masa utama. Hari 3 (Untuk kawasan yang mempunyai bilangan rumah yang tidak melebihi 50 buah - 6jam sebelumnya)
6 Lori tangki air akan menghantar air kepada pelanggan dalam masa selewat-lewatnya 2 jam setelah menerima permintaan daripada pengguna-pengguna sekiranya gangguan air tidak berjadual berlaku. Jam (Bergantung kepada jarak rumah pengguna dengan pusat perkhidmtan lori-lori tangki air)
7 Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 1 hari untuk memperbaiki paip agihan air yang pecah atau bocor setelah aduan diterima. Hari 1 (Untuk paip sambungan ke rumah)
1 -3(Untuk paip agihan)
8 Maklumbalas untuk permohonan kelulusan pelan-pelan retikulasi air dan sistem paip perkhidmatan dalaman mengambil masa tidak melebihi 3 minggu selepas menerimanya. Minggu 3
9 Memberi layanan yang saksama dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air kepada semua pelanggan. - -
Carta Organisasi

Aktiviti/Jadual

 

 

Tiada Aktivit/Jadual ketika ini.

 

 

Hubungi Kami

 

 

Tiada Maklumat Lanjut.