|
Sabtu, 18 April 2009 01:25 |
STAF CEMERLANG JKR NO.1 PN ROSNIZAH BT GHAZALI KETUA PENOLONG PENGARAH ELEKTRIK JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS - Pengenalan
PENGENALAN Bahagian Elektrik ialah memberi perkhidmatan sokongan dalam perkara berkaitan dengan kerja-kerja elektrik kepada jabatan pelanggan serta memberi nasihat teknikal mengenainya. VISI BAHAGIAN Kami akan menjadi pusat kecemerlangan pembangunan dan pengurusan infrastruktur dalam bidang kejuruteraan elektrik dengan memanfaatkan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini MISI BAHAGIAN - Kami menyediakan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik bagi mempastikan amalan terbaik dalam perundingan teknikal, pengurusan projek dan pengurusan fasiliti aset.
- Kami beriltizam untuk memberi perkhidmatan terbaik yang memenuhi kepuasan pelanggan.
- Kami berusaha untuk menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada semua staf.
- Kami menghargai serta mengamalkan keutuhan dan ketelusan.
- Kami komited untuk berusaha ke arah pembangunan lestari demi manfaat generasi hari ini dan akan datang.
OBJEKTIF BAHAGIAN - Memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur untuk agensi kerajaan dalam bidang kejuruteraan elektrik supaya menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
- Memastikan pengurusan fasiliti aset kejuruteraan elektrik di premis kerajaan menepati amalan terbaik supaya sentiasa berfungsi dengan baik, selamat dan kos efektif.
- Memastikan perkhidmatan perundingan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada agensi kerajaan berasaskan profesionalisme dan berintegriti.
OBJEKTIF KUALITI Menyediakan perkhidmatan pakar dan sokongan dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada kerajaan dalam mengendalikan projek pembangunan dan penyelenggaraan dengan menumpukan kepada: - Penyiapan projek mengikut jadual yang dipersetujui.
- Penyiapan projek mengikut kos yang dipersetujui.
- Membelanjakan sehingga 100% wang peruntukan tahunan.
- Ke arah aduan sifar daripada pelanggan bagi setiap perkhidmatan yang diberi samada dari projek yang diserahguna atau kerja-kerja penyelenggaraan elektrik.
- Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah komited untuk memberi khidmat kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada organisasi JKR dan agensi pelanggan berdasarkan norma-norma berikut: - Pelaksanaan Projek
- Memberi respon input elektrikal kepada HOPT,HODT,Pegawai Penguasa dan Pasukan Projek yang berkaitan dalam tempoh satu(1) minggu waktu bekerja.
- Memberi respon input elektrikal kepada pihak jabatan pelanggan, Kontraktor , perunding dan agensi berkaitan dalam tempoh dua (2) minggu waktu bekerja.
- Menyerahkan lukisan rekabentuk untuk tujuan tender dalam tempoh satu(1)minggu sebelum tarikh penjilidan (projek secara pakej). Memanggil tawaran subkontrak dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh pengeluaran surat setuju terima kepada kontraktor utama atau mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Q-Plan.
- Menyedia dan Menyerahkan Laporan Penilaian Tender tiga (3) minggu selepas penerimaan dokumen tender.
- Menyediakan laporan penilaian kemajuan kerja satu (1)minggu sebelum tarikh unjuran bayaran kemajuan yang ditetapkan.
- Menyedia dan menyerahkan perakuan muktamad tiga (3) bulan selepas tarikh CPC dikeluarkan.
- Memberi respon kepada aduan kerosakan semasa dalam tempoh tanggungan kecacatan dalam tempoh satu (1) sehari.
- Pengurusan Fasiliti Aset
- Memberi respon kepada setiap aduan dalam tempoh satu(1) hari.
- Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik dalam tempoh masa :
- Satu (1) hari kerja bagi kerosakan elektrik yang biasa.
- Tujuh (7) hari kerja bagi kerosakan elektrik yang rumit.
- Memberi anggaran bajet kepada pihak pelanggan untuk kerja senggara dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.
- Perkhidmatan Pengujian dan Makmal
- Mengeluarkan Sijil Kelulusan Bahan Elektrik JKR bagi permohonan baru dari pembekal/ pengilang dalam tempoh lapan (8) minggu dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Mengeluarkan Sijil Kelulusan Bahan Elektrik JKR bagi permohonan pembaharuan dari pembekal/pengilang dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh borang yang lengkap diterima.
- Carta Organisasi
- Aktiviti/Jadual
AKTIVITI - Bertanggungjawab untuk membuat rekabentuk, memanggil tawaran dan pengeluaran kontrak untuk kerja elektrik. Ini termasuk sistem kabel bawah tanah, pemasanganelektrik di bangunan, lampu jalan, lampu keselamatan, pemasangan telefon, sistem janakuasa dan lampu untuk hiasan.
- Melaksanakan kerja penyelenggaraan elektrik iaitu ujian elektrik, pendawaian semula, pemulihan kerosakan yang berlaku di bangunan-bangunan kerajaan.
- Menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan ke atas kakitangan bahagian.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.
|
- Hubungi Kami
|