JKR PERLIS

Info Terkini

Kenyataan Misi Perkhidmatan Pelanggan JKR

"PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"


 

Nota Dan Arahan Kepada Calon PTK Sesi 1 /2009 (Kumpulan Sokongan 1)

(Klik Sini)


 

Sebarang  aduan Berkaitan Perkhidmatan JKR. Anda Boleh Menghantar SMS ke JKR dan hantar ke DAPAT/32728.


 
Pembayaran Bil Air Secara Online
Hanya bagi pemegang akaun CIMB Bank dan Hong Leong Bank Sahaja. Melalui laman web http://www.posonline. com.my

 
Sila Jelaskan Tunggakkan Bil Air Anda dengan segera bagi menggelakkan pemotongan.
Keterangan Lanjut Sila Hubungi : Bahagian Bekalan Air 04-9733435 atau 3436

 

Carian Google

WebJKR Perlis

Log Masuk

Statistik Aduan Bekalan Air
 
Statistik Aduan Bekalan Air JKR Perlis
Muat Turun
YOOaccordion
Muat turun fail dan sumber berkaitan di ruangan ini.
WAP Mobile
WAP Mobile
WAP Mobile : Layari menerusi telefon bimbit 
Galeri Gambar
YOOaccordion
Galeri Gambar aktiviti & acara anjuran JKR Perlis
Buku Tetamu
buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan 
Forum
forum
Forum perbincangan antara ahli & pelawat
Bahagian Jalan PDF Cetak E-mail
Sabtu, 18 April 2009 08:00

STAF CEMERLANG JKR NO.1

 

EN HAMDAN B. NOH

KETUA PENOLONG PENGARAH JALAN
JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS

 

Pengenalan

PENGENALAN

Skop kerja bahagian Jalan merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

  • Menentukan pembinaan dijalankan mengikut spesifikasi dan berkualiti tinggi.
  • Menyelenggara jalan supaya berada dalam keadaan asal sebagaimana ia direkabentuk dan dibina.
  • Memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna jalanraya dengan masa yang segera dan perjalanan yang baik.

OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN

  • Ke arah penyiapan dan penyerahan projek jalan dan jambatan mengikut jadual pelaksanaan dan kos yang dipersetujui dengan kualiti yang terbaik sebagaimana dikehendaki spesifikasi.
  • Kearah pembinaan dan penyelenggaraan jalan dan jambatan yang menjurus kepada aduan sifar demi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek pembangunan jalan, pelabuhan dan rekreasi untuk kemudahan awam.
  • Memastikan projek disiapkan mengikut jadual, berkualiti tinggi dengan kos ekonomik.
  • Menyelenggara jalan agar sentiasa dalam keadaan selesa dan selamat.
  • Memberi nasihat teknikal dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan jalan kepada Agensi-agensi kerajaan.
  • Memberi khidmat nasihat kepada penguasa tempatan bagi mengawal pembangunan tepi jalan.

UNIT IT

Sistem Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat Geografi adalah satu seksyen di bawah unit khidmat di bahagian Jalan JKR Perlis. Tugas Utama seksyen ini adalah mengurus dan menyelaras pembangunan G.I.S Jkr Perlis, khususnya bagi rangkaian jalan dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di Negeri Perlis.

Penawan data digital rangkaian jalan menggunakan peralatan Global Positiony System (GPS) telah siap separuhnya dan telahpun dilaksanakan. Kini Anggota GIS Bahagian Jalan JKR Perlis ditugaskan oleh ibu pejabat JKR untuk menyemak data Spatial dan melengkapkan data atribut rangkaian jalan di Negeri Perlis untuk memastikan pengisian data dapat dilaksanakan dengan betul.

Semua Anggota GIS telah diberi kursus dan latihan penggunaan perisian Arc View oleh Seksyen IT/GIS Cawangan Jalan Ibu Pejabat . Antara produk GIS yang telah digunakan di bawah SUTRA adalah Data digital rangkaian jalan JKR di Negeri Perlis , Lokasi Kawasan kemalangan (Black Spot), Edisi baru peta Jalan JKR Negeri Perlis. Peta Topo Terhadap JUPEM, Hard Copy Skala 1:50,000 dan 1:25,000, Digital (format dbf) skala 1:25,000.

Bahagian Jalan juga terlibat dalam pelaksanaan projek-projek pembinaan jalan, jambatan, tempat-tempat rekreasi dan juga projek khas. Di samping itu juga bahagian ini bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas berikut:- Sistem Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat Geografi adalah satu seksyen di bawah unit khidmat di bahagian Jalan JKR Perlis. Tugas Utama seksyen ini adalah mengurus dan menyelaras pembangunan G.I.S Jkr Perlis, khususnya bagi rangkaian jalan dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di Negeri Perlis.Penawan data digital rangkaian jalan menggunakan peralatan Global Positiony System (GPS) telah siap separuhnya dan telahpun dilaksanakan. Kini Anggota GIS Bahagian Jalan JKR Perlis ditugaskan oleh ibu pejabat JKR untuk menyemak data Spatial dan melengkapkan data atribut rangkaian jalan di Negeri Perlis untuk memastikan pengisian data dapat dilaksanakan dengan betul.Semua Anggota GIS telah diberi kursus dan latihan penggunaan perisian Arc View oleh Seksyen IT/GIS Cawangan Jalan Ibu Pejabat . Antara produk GIS yang telah digunakan di bawah SUTRA adalah Data digital rangkaian jalan JKR di Negeri Perlis , Lokasi Kawasan kemalangan (Black Spot), Edisi baru peta Jalan JKR Negeri Perlis. Peta Topo Terhadap JUPEM, Hard Copy Skala 1:50,000 dan 1:25,000, Digital (format dbf) skala 1:25,000.

 

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

  • Komitmen bahagian ini ialah untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan kos yang ekonomik untuk pembinaan jalan, menyelenggara jalan sedia ada serta memberi nasihat kepada semua permohonan pembangunan tepi jalan dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Menghasilkan rekabentuk jalan yang bermutu dan selamat berpandukan piawaian kejuruteraan serta pengurusan projek yang cekap.
  • Memastikan jalan sentiasa berkeadaan sempurna iaitu berpermukaan yang baik, simpanan jalan yang bersih dan sistem perparitan berjalan dengan baik. Mengambil tindakan serta merta bagi sebarang kejadian kecemasan yang melibatkan jalan setelah aduan diterima.
  • Memberi khidmat nasihat dan ulasan kepada Majlis Tempatan bagi semua pembangunan tepi jalan untuk menentukan semua jalan dan sistem perparitan mengikut piawaian JKR dalam tempoh 2 minggu setelah permohonan diterima.
  • Mengambil tindakan dalam tempoh 48 jam terhadap sebarang aduan yang bersangkutan dengan bahagian ini.
Carta Organisasi

 

 

Tiada Maklumat Lanjut.

 

 

Aktiviti/Jadual

 AKTIVITI

Bahagian Jalan juga terlibat dalam pelaksanaan projek-projek pembinaan jalan, jambatan, tempat-tempat rekreasi dan juga projek khas. Di samping itu juga bahagian ini bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas berikut:

  • Membuat rekabentuk bagi projek jalan dan jabatan secara Jabatan.
  • Menyelaras kerja rekabentuk yang dijalankan oleh Jurutera dan Juru Ukur Perunding.
  • Menyediakan laporan kemajuan projek dan prestasi pemborong pada setiap bulan. Menyediakan anggaran Belanjawan Tahunan dan Cadangan projek-projek termasuk juga Rancangan Pembangunan 5 Tahun.
  • Memohon, mengagih dan menyelaras keperluan peruntukan projek dari masa ke semasa.
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyeliaan projek jalan.
Hubungi Kami

 

 

Tiada Maklumat Lanjut.