|
Sabtu, 18 April 2009 02:25 |
STAF CEMERLANG JKR NO.1 EN. SIDEK BIN RASHID KETUA PENOLONG PENGARAH MEKANIKAL JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS - Pengenalan
PENGENALAN BAHAGIAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal adalah salah satu cawangan JKR, khusus ditubuhkan untuk memberi khidmat dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Pada asalnya cawangan ini diwujudkan bagi membantu JKR dalam kerja-kerja pembaikan jalanraya dan bekalan air, dengan memberi perkhidmatan pembaikan kepada kenderaan, jentera pembinaan dan penyelenggaraan jalan serta logi bekalan air. Fungsi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, seterusnya disesuaikam mengikut keperluan program-program Rancangan Malaysia. Bermula daripada Rancangan Malaysia Ketiga. Cawangan ini memainkan peranan yang penting dalam bidang rekabentuk dan penyelenggaraan perkhidmatan bangunan,disamping kerja-kerja sedia ada diatas.Peranan ini sejajar dengan keperluan Jabatan Kerja Raya secara menyeluruh dimana penekanan kepada kualiti dalam bangunan perlu ditingkatkan. Dalam menyahut keperlan pembangunan negara, cawangan ini telah membangunkan tenaga kerja teknikalnya dengan mengadakan beberapa latihan sebagai mengukuhkan pengetahuan. Peranan ini sejajar dengan misi koperat Jabatan Kerja Raya masa kini, iaitu untuk memberi perkhidmatan dan nasihat teknikal kepada Kerajaan, Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan dalam perancangan ,rekabentuk, pengendalian dan pengelenggaraan kemudahan-kemudahan jalanraya, bekalan air dan bangunan kerajaan.Lembaran Perancangan Cawangan ini akan menekankan perancangan-perancangan yang telah dibuat untuk memastikan bahawa sumber-sumber yang ada dimanfaatkan dengan berkesan. Cawangan ini bertanggungjawab kepada: - Pelanggan
Kami memberikan perkhidmatan dan nasihat yang professional kepada kerajaan dalam perancangan , rekabentuk, perlaksanaan dan pengurusan Kejuruteraan Mekanikal. Kami juga akan memastikan jentera, kenderaan dan peralatan mekanikal yang diperolehi berkualiti dan dikendalikan secara professinal untuk memenuhi keperluan pelanggan. Perkhidmatan Cawangan ini adalah berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan yang kukuh untuk mencapai keunggulan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, bagi memenuhi matlamat pembangunan negeri khasnya dan negara amnya. - Tenaga kerja
Kami juga akan membangun serta menggunakan kepakaran tenaga kerja dengan secara optima dan berkesan. Kami akan menggalakan pembabitan tenaga kerja didalam perancangan dan perlaksanaan kerja-kerja projek dan penyelenggaraan. Kami juga yakin bahawa kejayaan akan tercapai dengan sokongan dan komitmen dari semua tenaga kerja. - Pelanggan
Cawangan ini bertangggungjawab melaksanakan dan menyelaras system kawalan dalaman yang cekap dan berkesan bagi memastikan bahawa: - Objektif jelas dan dasar tercapai.
- Semua aset yang ada dipelihara dan dikendalikan dengan sempurna.
- Garis panduan dan rekod rekabentuk adalah terkini dan dipatuhi.
- Perkhidmatan penyelengaraan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
- Perbelanjaan kewangan mengikut keperluan dan berdasarkan kepada amalan-amalan dan tatacara kewangan terkini.
VISI Kami akan menjadi pusat kecemerlangan pembangunan infrastruktur dengan menggunakan kreativiti dan inovasi modal insan serta teknologi terkini. OBJEKTIF KUALITI - Memberi sepenuhnya khidmat pakar dan sokongan bidang mekanikal mengikut jadual perlaksanaan yang dipersetujui
- Memastikan kos perlaksanaan kerjamengikut peruntukan yang diersetujui
- Ke arah aduan sifar daripada pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberi.
- Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN Tema Memberi Khidmat Nasihat Teknikal,Perkhidmatan Pembaikan Dan Penyelenggaraan Yang Terbaik Keatas Semua Peralatan Mekanikal Dan Sedia Menerima Teguran,Cadangan Dan Maklum Balas Demi Mempertingkatkan Mutu Perkhidmatan. - Kerja-Kerja Penyelenggaraan Keatas Kenderaan / Logi / Pam Akan Disiapkan Dalam Tempoh Satu Hari.
- Kerja-Kerja Pembaikan (Breakdown) Keatas Semua Kenderaan Dan Logi Akan Disiapkan Dalam Tempoh Tidak Melebihi Satu Minggu Dari Tarikh Semua Alat Ganti Yang Diperlukan Diperolehi
- Tindakan Akan Diambil Tidak Melebihi Satu Hari Untuk Sebarang Aduan Kerosakan Luar / Pembaikan Kecemasan.
- Sijil Penilaian / Tafsiran Akan Disiapkan Dalam Tempoh Tidak Melebihi Satu Minggu.
- Carta Organisasi
- Aktiviti/Jadual
Tiada Aktivit/Jadual ketika ini. |
- Hubungi Kami
|