JKR PERLIS

Info Terkini

Sebarang  aduan Berkaitan Perkhidmatan JKR. Anda Boleh Menghantar SMS ke JKR<aduan anda> dan hantar ke DAPAT/32728


 
Pembayaran Bil Air
Melalui Internet (Klik Sini)
Bagi pemegang akaun CIMB Bank dan Hong Leong Bank Sahaja. (Cara Penggunaan)

 
Sila Jelaskan Tunggakkan Bil Air Anda dengan segera bagi menggelakkan pemotongan.
Keterangan Lanjut Sila Hubungi : Bahagian Bekalan Air 04-973 3435 atau 3436

 
Muat turun borang boleh didapati di ruangan muat turun.Terima Kasih

 

Log Masuk

Muat Turun
YOOaccordion
Muat turun fail dan sumber berkaitan di ruangan ini.
WAP Mobile
WAP Mobile
WAP Mobile : Layari menerusi telefon bimbit 
Galeri Gambar
YOOaccordion
Galeri Gambar aktiviti & acara anjuran JKR Perlis
Buku Tetamu
buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan 
Forum
forum
Forum perbincangan antara ahli & pelawat

Pelawat Portal

Hari Ini53
Semalam192
Minggu Ini879
Bulan Ini915
Keseluruhan6315
Piagam Pelangan PDF Cetak E-mail
Sabtu, 18 April 2009 13:05

PIAGAM PELANGGAN JABATAN

Kami Sedia Memberikan Perkhidmatan Professional yang Jitu,Cekap Dan Berkualiti Kepada Semua Pelanggan Kami Berteraskan Kepada PRINSIP 3M seperti berikut:-

Merancang,Merekabentuk dan Melaksanakan projek-projek prasarana Pembangunan Negeri dengan memberi penekanan dari segi faktor kualiti, keselesaan dan kesejahteraan manusia sejagat, kesan alam sekitar dan sosial, menarik dan kos yang ekonomik.

Menyelenggara harta kerajaan supaya selamat dan selesa digunakan dengan kos penyenggaraan yang berpatutan dan dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Memberikan khidmat nasihat kepakaran teknikal berunsurkan teknologi terkini yang bersesuaian untuk pembangunan negeri.

Melalui pengurusan yang professional, dinamik dan progresif, kami menjanjikan perkhidmatan yang terbaik untuk mencapai dan melaksanakan PRINSIP 3M di atas bagi Semua Pelanggan Kami.

 

1. PERANCANGAN, REKABENTUK DAN PELAKSANAAN PROJEK

Mereka bentuk projek-projek infrastruktur Jalan,Bangunan dan Bekalan Air yang berkualiti, menarik, selesa serta selamat digunakan,berpandukan Piawai Kerjuruteraan dalam jangka masa tidak melebihi 12 bulan dari tarikh projek diluluskan.

Semua Tawaran Perolehan akan dipanggil dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan. Semua Pelaksanaan Projek akan diuruskan oleh pegawai dan kakitangan professional yang terlatih dalam bidang yang khusus berpandukan kepada proses kerja yang telah ditetapkan,penentuan serta spesifikasi pembinaan dan pengawasan yang rapi demi menjamin hak pelanggan sentiasa dipelihara.

2. PENYENGGARAAN

Semua kerja penyenggaraan akan dibuat dengan teratur dan berjadual untuk memastikan semua kemudahan infrstruktur yang disediakan seperti Jalan/Jambatan,Bangunan Kerajaan dan Bekalan Air selamat dan selesa digunakan oleh para pengguna/pelanggan.

Semua aduan kerosakan biasa akan diambil tindakan dalam tempoh satu (1) minggu. Memastikan tindakan serta merta diambil bagi kejadian bencana alam serta kerja-kerja kecemasan seperti tanah runtuh,bangunan runtuh , banjir dan lain-lain dengan berpandukan kepada Peraturan Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) yang telah ditetapkan.

3. KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

Sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat kepakaran kepada agensi yang memerlukan, dalam tempoh tidak melebihi 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan.

Kami juga mengiktirafkan hak-hak pelanggan seperti berikut:-

Mendapatkan perkhidmatan serta layanan yang mesra dan saksama dalam tempoh yang ditetapkan serta berpeluang untuk membuat rayuan dan aduan.