|
Isnin, 15 Jun 2009 20:59 |
DEPOSIT BAGI TENDER - Deposit tender bagi kerja tempatan adalah dikecualikan manakala untuk kerja antarabangsa deposit tender adalah dikenakan kepada petender mengikut kadar seperti berikut :-
Anggaran Nilai Tender Jumlah Deposit Tender i. Hingga RM10 juta : RM50,000 ii. Melebihi RM10 juta dan tidak melebihi RM20 juta : RM150,000 iii. Melebihi RM20 juta dan tidak melebihi RM50 juta : RM350,000 iv. Melebihi RM50 juta dan tidak melebihi RM100 juta : RM750,000 v. Melebihi RM100 juta: RM1 juta - Petender tempatan yang dikecualikan pendaftarannya dengan Pusat Khidmat Kontraktor, dikenakan deposit tender sebanyak 2.5% daripada harga tawarannya atau maksimum RM10,000.
- AP 175.1(B) / SPP Bil. 5/1994
- Deposit tender hendaklah dikemukakan dalam bentuk Draf Bank atau Jaminan Bank dalam Ringgit Malaysia daripada bank-bank yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Deposit Tender akan dikembalikan selepas petender yang berjaya mengemukakan bon pelaksanaan. Untuk tender yang tidak berjaya, deposit tender akan dikembalikan selepas petender yang berjaya menyujuterima tawaran tersebut ataupun selepas tamatnya tempoh sahlaku tender.
- Kontraktor tempatan tidak dikenakan deposit semasa menawarkan tender. Namun, tindakan yang diambil oleh Perbendaharaan bagi mana-mana kontraktor tempatan yang menolak tawaran setelah tawaran dibuat kepada mereka ialah: -
Kesalahan pertama: digantung daripada mengambil bahagian dalam tender-tender Kerajaan selama 2 tahun, Kesalahan kedua: digantung daripada mengambil bahagian selama 5. Kesalahan ketiga: kontraktor berkenaan akan dipotong pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan nama pemilik modal serta ahli Lembaga Pengarah disenaraihitamkan. - AP175.1 (c) (SPP Bil.5/1994)
|